PENGENALAN

Perpustakaan INTAN Bukit Kiara yang ditubuhkan pada tahun 1984 memainkan peranan penting dalam menyokong visi dan misi INTAN untuk menjadi institusi pembelajaran sektor awam yang terulung, dan membangunkan tenaga kerja sektor awam yang kompeten melalui pembelajaran berkualiti. Perpustakaan INTAN mempunyai tiga (3) fungsi utama iaitu pembangunan sumber maklumat, pengurusan perkhidmatan maklumat dan penyelarasan Pusat Sumber/Perpustakaan INTAN Kampus Wilayah.
 

1.0 Waktu Perkhidmatan Perpustakaan

Isnin hingga Khamis:  8.00 pagi hingga 5.00 petang
Jumaat:  

8.00 pagi hingga 12.15 tengah hari
2.45 petang hingga 5.00 petang

Sabtu / Ahad / Cuti Umum TUTUP

 

2.0 Keahlian Perpustakaan

2.1 Keahlian adalah percuma kepada semua dengan mengisi borang permohonan keahlian di Kaunter Perkhidmatan Perpustakaan.

2.2 Walau bagaimanapun, keahlian adalah terhad kepada warga JPM, JPA, INTAN, Pesara INTAN, peserta kursus dan penjawat awam.

 

3.0 Perkhidmatan dan Kemudahan oleh Perpustakaan

Perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh Perpustakaan adalah seperti berikut:

3.1 Perkhidmatan Perpustakaan

  1. Perkhidmatan Pinjaman dan Pemulangan Bahan.
  2. Perkhidmatan Rujukan dan Penyelidikan.
  3. Pendaftaran Keahlian Perpustakaan.
  4. Sistem Katalog Atas Talian (OPAC) – carian bahan.
  5. Perkhidmatan Digital
  1. JSTOR
  2. e-Book
  3. u-Pustaka
  1. Koleksi Khas
  1. Tesis/Disertasi HLP
  2. Kertas Projek Diploma Pentadbiran Awam (DPA)
  3. Sudut Nukilan Pengarah INTAN
  4. Sudut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
  5. Sudut Surau Ar-Raudhah INTAN
  6. Sudut Biblioterapi
  1. Renjana Ilmu@INTAN.

 

3.2 Kemudahan Perpustakaan

  1. Akses kepada Internet / Wi-Fi.
  2. Perkhidmatan Fotokopi.
  3. Bilik Karel.
  4. Bilik Mesyuarat.
  5. Bilik Tayangan.
  6. Ruang Bacaan Surat Khabar.
  7. Penggunaan Komputer.
  8. INTAN Coworking Space.
  9. Secangkir Kopi@Perpustakaan.

 

4.0 Tempoh Peminjaman Koleksi Perpustakaan

4.1 Kelayakan pinjaman koleksi perpustakaan bagi ahli berdaftar adalah seperti berikut:

BIL

KATEGORI

KELAYAKAN

TEMPOH

1.

Warga JPM / JPA / INTAN / Pesara INTAN

10 buah

1 bulan

2.

Peserta Kursus

6 buah

Sepanjang Tempoh Kursus

3.

Penjawat Awam

6 buah

1 bulan

4.

Sistem Pembekalan Penerbitan (Interlibrary Loan)

4 buah

2 minggu

5.

Platform Sistem u-Pustaka

3 buah

1 bulan

4.2 Bahan-bahan yang boleh dipinjam adalah dari semua koleksi rak terbuka kecuali koleksi tesis, disertasi dan kertas projek peserta DPA.

4.3 Peminjaman koleksi rak terbuka boleh diperbaharui sebanyak tiga (3) kali dengan syarat bahan tidak ditempah oleh pengguna lain.

4.4 Pembaharuan bahan boleh dibuat melalui e-mel dan panggilan telefon.
 

5.0 Maklumat Perhubungan

Kaunter Perkhidmatan Perpustakaan
Perpustakaan INTAN
Blok F, Aras 1
INTAN Bukit Kiara
No. Telefon: 03-2084 7264
E-mel: ps@intanbk.intan.my
Facebook: https://www.facebook.com/PerpustakaanINTANBukitKiara/